CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Labels

aku dan dia (1) bengong (5) family (4) geram (9) happy (7) marah (9) romantic message (7) sedih (2) sekolah (16)
Showing posts with label happy. Show all posts
Showing posts with label happy. Show all posts

Wednesday, March 2, 2011

guwa ta maafkan lu der!!

haih!!pe kene plak nieh??
haha....bace dulu entry ni k..


oke??da bce..??nmpk ta pe yunk kate psai ieda??yg siaz tu..huh!!aku bwu je na maafkn ko der!!tapela..tana la maafkan..saiz guwa tade kene mengene dlm ini stori la..mr.lolipop!!!!tgk awek ko ni!!!ni psl aq tlg ko la ni..adoi..hmpeh!!!hahaha
so..kpd yunk..lnx ko..aq ta maafkn ko..aq mjok ngn ko..pndai2 ko la an..
k..papai..slm..

Monday, February 28, 2011

bengong suda...

hyep..
uuuu....tjuk entry kite kali ini..
hahaha..bengong suda..
npe bengong yer..
begini la situasi tadi..
ngeh3...

lokasi : di rumah...[dapur]
situasi : mau bikin air teh lorh..[huhuhu]
mood : hepi [ta taw nape]

oke..tadi setelah ieda rendam air teh tu...
ieda pun campurkan dengan air sejuk..
tamo panas2..huhuhu

setelah siap..
aku pun g la ke depan..
mau menikmati air tadi...haha..
tadi ieda pastu aku..
minum2 time..
opps!!!
run for ur life!!!!!
sinki!!
ghahaha...na taw nape????
jeng...
jeng..
jeng..
jeng...

bwerkk!!!
adoi..aku lupe letak gula la....
+_+"
adoi..hahahaha...
mcm pelaq..

nampak sgt ta penah buat air...
woi!!sori sikit..ari2 aku buat air kat bapak aku...
arini je aku tak buat..tu sebab terlupa tu...
haha..tah2 ingat kat dea ta..
haha..memang teringat pun..

hurm..naseb bek tu air aku..
kalo bapak aku???
sure2 aku kene perli..ghahahaha...

okela..bubye..
na stori tu je pun...

Tuesday, February 8, 2011

Saat Rindu Berbisik | iluvislam.com

aritu ieda t'jumpe satu artikel ni at iluvislam.com..
so..sbb tuwh at tjuk ade mcm tu...
oke..jom bace cite dea..
entry ni mg sbijik larh mcm artikel tuwh..
ieda ta ubah pape pown..

Selepas pulang dari kerja, Nurul cepat-cepat mempersiap diri lalu ke dapur untuk menyediakan makanan sebelum suaminya pulang dari kerja. Ikan bawal masak merah kegemaran suaminya bakal terhidang.
15 minit kemudian pintu dibuka dari luar. Nurul berlari-lari anak menuju ke pintu dan menyambut kepulangan suaminya dengan salaman dan senyuman yang paling manis.
“Abang dah balik? Rindu sayang tak? Hehe...

”Haris tersenyum mesra sambil mencium ubun-ubun Nurul.“Mestilah abang rindu isteri abang...” Jawapan itu cukup untuk membuatkan Nurul berasa sangat bahagia.
Begitulah rutin harian mereka semenjak empat tahun lebih mereka mendirikan rumahtangga. Tanpa rasa jemu, tanpa rasa kekurangan kasih sayang walau sedikit pun. Walaupun mereka masih belum mempunyai cahaya mata, namun mereka tidak pernah berasa perkahwinan mereka kosong. Sudah banyak kali mereka berusaha, tetapi mungkin kerana rezeki masih belum berpihak kepada mereka berdua.

“Ris…aku tengok kau ni dah dekat lima tahun kahwin tapi masih takde anak lagi. Bila kau nk dapat gelaran ayah ni?”…Haris cuma mengerutkan keningnya.
”Aku bukan tak usaha Man, tapi tak ada rezeki kami lagi. Aku dah check kat hospital, doktor kata kami tak ada masalah tetapi rahim Nurul tak kuat untuk mengandung, mungkin sebab tu kami belum dapat anak lagi. InsyaAllah, kalau ada rezeki ada la, aku akan usaha lagi. Semua rezekikan daripada Allah...”,Haris menjawab panjang.

“Tapi Ris, sampai bila? Aku rasa tak ada salahnya kau cuba dengan org lain, bukannya kau tak mmpu kahwin lain. Kau ada pangkat, gaji besar...Lagipun Suri tu, aku tengok macam sesuai sangatlah dengan kau...”, Norman mengusulkan cadangannya.
Cuti sekolah menjelang tiba. Seperti biasa Haris dan Nurul akan pulang ke kampung untuk melawat orang tua Haris. Nurul pula merupakan seorang anak yatim piatu sejak dia kecil lagi. Seperti biasa, buah tangan untuk mentua tidak pernah dilupakan Nurul.

Sampai sahaja di rumah Haris, kedua-dua mertua Nurul menyambut kepulangan mereka seperti kebiasaannya. Tiba-tiba ibu mertuanya bertanyakan soalan yang selama ini memang sering meniti di bibir ibu mertuanya itu. ”Hai Nurul..tak besar-besar lagi perut tu? Bila nak ada isi?”, ibu mertuanya tersenyum sinis menantikan jawapan daripada Nurul. Nurul hanya tersenyum, walaupun hatinya berasa sangat sedih.
“Tak ada rezki lagi mak...”, jawabnya pendek. Nurul terus ke dapur menyiapkan makanan tengah hari kegemaran mentuanya memandangkan hari sudah pun lewat petang.
Di ruang tamu, ibu dan ayah Haris merenung Haris dengan penuh harapan. ”Ris, mak bukan nak paksa kamu, tapi mak dan ayah dah tua nak, kamulah satu-satunya anak kami. Kalau boleh mak dan ayah ingin menimang cucu sebelum kami menutup mata...”, ibu Haris memulakan bicara apabila kelibat Nurul mula menghilang ke dapur.

Haris mengeluh panjang. ”Kami dah cuba mak, tapi tak ada rezeki lagi...”, jawab Haris. “Mak tahu Ris…Nurul memang menantu yang baik, lemah lembut, sopan santun, rajin, dan mak tahu kamu sayangkan dia. Tapi mak harap sangat dapat tengok zuriat kamu sebelum mak dan ayah menutup mata. Kamu cubalah nasib dengan orang lain pula, mungkin dapat siapa tahu…”, ibunya memberikan cadangan. “Tengoklah macam mana mak…”, Haris menjawab dengan acuh tidak acuh.
Semenjak pulang dari kampung, fikiran Haris bercelaru. Banyak perkara yang bermain dalam fikirannya yang menyebabkan perasaan serba salah menguasai diri. Kata-kata sahabatnya dan ibunya mula terngiang-ngiang di telinga.

Nurul mula melihat perubahan pada diri suaminya. Haris mula menjauhkan diri daripadanya. Tiada lagi gurau senda mahupun kata-kata romantis yang meniti di bibir haris setiap hari seperti hari-hari sebelum ini. Haris juga sudah mula pulang lewat malam dan jarang bercakap dengannya. Nurul kian merindui suaminya yang dahulu.
Perasaan sedihnya disimpan jauh di sudut hati. Tanggungjawab sebagai seorang isteri tetap dilaksanakan seperti biasa. Nurul tidak jemu menyedikan makanan buat suaminya walaupun terkadang makanan itu langsung tidak dijamah oleh Haris. Hatinya kecilnya sering berbisik, “Abang...Nurul betul-betul rindukan abang...”, sambil matanya bergenang air mata kesayuan.
Di pejabat pula, Haris kini semakin rapat dengan Suri. Mereka mula keluar makan bersama dan kelihatan sentiasa berdua. Haris mula berniat didalam hatinya untuk memperisterikan Suri.
Suatu hari, ketika sedang mengemas ruang tamu, Nurul berasa pening dan hampir pitam. Badannya berasa sakit-sakit dan seperti hendak demam, Dia menunggu haris pulang untuk menghantarnya ke klinik setelah menelefon Haris untuk memberitahu tentang keadaannya.
Ketika Haris pulang, Nurul terus menyatakan hasratnya untuk ke klinik tetapi jawapan yang diterimanya cukup hambar. Haris menyuruhnya ke klinik sendiri atas alasan dia perlu menghadiri mesyuarat penting dengan majikannya. Namun sebaliknya, Haris sebenarnya sudah berjanji dengan Suri untuk keluar makan tengah hari bersama pada hari itu.

Dengan penuh kesedihan Nurul ke klinik dengan menaiki teksi kerana tidak tahan akan kesakitan yang dirasainya, kepalanya berdenyut-denyut. Selesai pemeriksaan doktor, Nurul berasa seperti tidak percaya apabila doktor mengesahkan bahawa dia telah mengandung dua bulan. Lantas dia memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga. Dia berasa tidak sabar untuk memberitahu Haris tentang berita gembira tersebut.
Nurul menunggu kepulangan Haris dengan penuh sabar, hatinya melonjak kegembiraan. Wajahnya menguntumkan seulas senyuman yang amat manis. Namun ternyata Haris tidak pulang ke rumah pada hari itu. Dia menanti penuh hampa.

Pagi besoknya, Nurul terdengar kereta Haris masuk ke perkarangan rumah. Dengan cepat dia bangun dari pembaringan dan keluar ke ruang tamu.
”Abang, abang ke mana? Kenapa tak balik malam tadi? Nurul rasa risau sangat...”, tanya Nurul sambil memegang erat jari-jemari suaminya itu.
”Tidur rumah Norman...”, jawab haris ringkas.
“Abang, sayang nak tanya sikit boleh?”. Haris mengangguk perlahan.
“Kenapa abang dah lain sekarang? Abang dah tak pedulikan sayang lagi…”, ada tangisan dalam kata-katanya tika itu.
Haris yang ketika itu masih dalam keadaan mengantuk mula berasa marah apabila mendengar pertanyaan Nurul.

“Kau nak tahu kenapa? Sebab kau tak dapat bagi aku anak, aku perlukan zuriat, aku nak jadi seorang ayah. Orang tua aku hendakkan cucu. Untuk pengetahuan kau, aku akan berkahwin lagi untuk dapatkan anak! Faham?”, Haris menjawab lantang dan kemudian bergegas ke bilik untuk mendapatkan beg pakaiannya dan mengambil beberapa helai baju untuk keluar dari rumah.
Bagaikan halilintar membelah bumi, Nurul terkedu mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Haris. Ternyata berita gembira yang ingin disampaikan disambut dengan berita duka daripada suaminya sendiri. Haris bergegas keluar tanpa sempat mendengar kata-kata dari Nurul. Nurul yang terpana dengan kejadian tersebut berasa amat terkejut, dia jatuh terjelepok dan tidak sedarkan diri.
Di hospital, Nurul mula sedarkan diri selepas pengsan selama tiga jam. Haris yang berada disisinya dengan erat memegang tangannya.

“Sayang, maafkan abang…Abang tak tahu sayang mengandung.” Haris dengan penuh kesal mengucup tangan Nurul. Dia tahu sikapnya kebelakangan ini benar-benar mengguris perasaan Nurul. Haris benar-benar menyesal.
Nurul bernasib baik kerana jiran mereka yang ingin menziarahinya ketika itu terlihat dia pengsan di ruang tamu. Jika tidak, Haris tentu menyesal sampai bila-bila sekiranya apa-apa berlaku pada Nurul dan anak dalam kandungannya. Hati kecil Haris mengutuk dirinya sendiri kerana cuba menduakan Nurul. Betapa besar pengorbanan Nurul selama ini yang setia menjadi isterinya. Haris insaf.

Doktor menasihatkan mereka agar menjaga kandungan Nurul dengan lebih berhati-hati memandangkan rahimnya tidak cukup kuat dan anak yang dikandung Nurul adalah anak sulung. Haris membawa Nurul ke hospital sebanyak dua minggu sekali untuk pemeriksaan tekanan darah dan kandungannya.
Sembilan bulan ditempuhi Nurul dengan penuh kesabaran. Dalam diam, Nurul menyimpan rahsia yang amat besar tanpa pgetahuan Haris. Pada awal kandungannya, doktor sebenarnya tidak menggalakkan Nurul untuk melahirkan anak itu lantaran risiko yang amat tinggi bakal dihadapi. Namun Nurul tetap berkeras dan nekad melahirkan zuriat suaminya dan meminta doktor untuk merahsiakan dari Haris semata-mata untuk membahagiakan suaminya.

Di saat nurul berjuang untuk melahirkan anaknya, Haris menerima sepucuk surat yang ditulis oleh nurul sepanjang mengandungkan zuriatnya.
Abang…pada saat kita bahagia bersama, sayang adalah insan yang paling bertuah di dunia ini kerana dapat menjadi isteri abang. Namun, sejak abang mula menjau, sayang terlalu ingin menyatakan sesuatu yang sudah lama sayang pendamkan selama ini. Abang...sayang benar-benar rindukan abang. Sayang rindukan abang yang amat sangat. Andai sayang terkorban, abang jagalah anak kita dengan penuh kasih sayang seperti mana abang menjaga sayang selama ini. Abang, ampunkan segala dosa sayang dan halalkan makan minum sayang...Yang merinduimu, Nurul.
Air mata Haris bercucuran membasahi pipi saat dia membaca warkah tersebut dan ketika doktor datang memberitahunya bahawa Nurul sanggup berkorban untuk melahirkan anak itu walaupun dia tahu risikonya amat tinggi.

“Encik Haris, sebenarnya Puan Nurul sudah diberi pilihan sama ada ingin melahirkan anak ini atau tidak kerana mungkin salah satu nyawa akan terkorban. Tetapi Puan Nurul menyuruh kami agar mnyelamatkan anaknya berbanding drinya kerana katanya Encik Haris sangat-sangat inginkan anak ini.”

Haris terkedu mendengar penjelasan daripada doktor sebentar tadi, lidahnya kelu. Hatinya menangis.
“Ya Allah, selamatkan isteriku..aku tidak mahu kehilangannya ya Allah…Selamatkan jua zuriat kami ya Allah, Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pemberi...amin.”
Hampir enam jam Nurul berada di bilik pembedahan, akhirnya doktor keluar seraya mengucapkan kesyukuran dan tahniah kepada Haris.
”Tahniah Encik Haris, anak encik selamat, anak lelaki.”
“Alhamdulillah...”, Haris mengucap syukur.
“Isteri saya macam mana doktor?”
“Ermm..Ya, isteri encik juga selamat, syukur kepada Allah.”

Haris tunduk, ada butir-butir suci menitis keluar dari kelopak matanya, lafaz kesyukuran di ucapkan tanpa henti dalam hatinya, Dia terus berlari kearah isterinya.
Nurul yang masih lemah memandang Haris.

“Sayang...andai diberi pilihan, abang akan memilih untuk selamatkan sayang. Anak kita boleh usahakan lagi, tapi isteri seperti sayang, abang tak akan dapat cari pengganti sampai bila-bila, sayang terlalu istimewa. Terima kasih sayang...Abang cintakan sayang…”Haris mengucup ubun-ubun isterinya sambil memegang erat tangan Nurul.

“Sayang juga cintakan abang. Terima kasih abang…”, Nurul menjawab kemudian terlena kerana berasa terlalu penat.

Hargailah Pengorbanan Seorang Isteri....

- Artikel iluvislam.com


* hurm..an bes kalo aq ngn dea jdi mcm tuwh..
   n an bes kalo name haris tu tuka pade name dea..
   hurm..hope kiteowg jdi cm tu larh..
   tp mnx simpang la pde story yg 1st..
    yg 2nd tuwh..after dea pngsan tuwh..
    ieda suke sgt..hurm..^_^

Wednesday, January 19, 2011

pape jela...

salam..
oke..arini ieda ta taw na letak tajuk ape entry kali ni..
jadi kite letak 'pape jela'..
lebey oke kowt..haha

hari ni na cerite pasal aktiviti at sekola lagi la..
arini ieda maen pangkah2 jew..
pangkah2??faham2 sendiri k..
yang kene pangkah tu pn..
bukan orang laen..ieda jugak..=_="
da la kene pangkah ngn dak2 laki..ish3.

tapi sebelum tu kite cerite mase sejarah tadi..
macam mane cikgu bole nampak ieda sembang ni,,
tapi tapela..bukan sembang pown..
na tanye yunk je pon..haish..

lepas tu ieda pon temenung..
termenung???haha..banyak sangat masalah kowt..
tu yang termenung je tu..

dan cikgu perasan!!
kena soal la..

cikgu : ha..yang duk belakang tu..hujung sekali..
ieda : yew..
cikgu : sebutkan zaman yang terdapat di malaysia??
ieda : paleo...
cikgu : ade empat dulu...
ieda : ha..yew..ade empat..paleolitik,mesolitik,neolitik dan logam..logam pulak..
cikgu : duduk..

haish..saye tak abeh lagi kowt cikgu..
=_=" tapela..ta kisah..
cikgu ingat saye ta dengar ekh cikgu cakap..huhuhu

oke..kite pergi ke kelas kimia tadi..
start la cite pangkah2 nih..
yay!wat experiment..
best siot..
pasal boiling and cooling naphthalene kowt..
lebey kurang la..

setelah cikgu habis potpet2 jadi kami pon ambik la apparatus2 yang diperlukan..
bunsen burner tu semua la......
cakap pasal bunsen burner..
berape kali kami tukar2 bunsen burner..

yang 1st tu api kuat sangat..
na tutup ruang udare dea ta leh sebab benda tu longgar..
jadi kami ambil yang laen..
kami pon pasang la..

sekali..dua kali..

ieda ; oi..reti pasang ke ta??
rimi : sabo la ..
ieda : hey..macam ta reti jew..
rimi : weyh..faris..anta aku balik..
ieda : alolo..tacing lak dea..tade sape na pujuk eh..
rimi : jom ar..anta aku balik...

ish3..orang soh pasang bunsen burner tu..
dea gi tacing lak..

ieda : orang laki ni memang kuat tacing ekh??
faris: mane ade la..
ieda : yela2..
faris :  haha..

kena pangkah da..=_="

tapela..
kami pon try lagi..
hidupkn bunsen tuw,
tetap tak mau gak..
mengade la kaw bunsen..hahaha..



rupe2nye bukan bunsen yang ngade..
tapi bunsen takde gas..
erkk??=_="
hak3..penat try jew..patut tak mau..
shidi2..

kami pon tuka laen..
rimi pasang lagi api..
tak mau gak..memang tak reti kowt haha
fawwaz pon try..
baru nak letak at bunsen tu da rimi bawak lari..
curi api orang..ish3..

dah habis bertekak,,
make bermulalah experiment kami...

ieda pon catat la mase tu at buku si fawwaz..
sebab dea da siap wat jadual..

ieda : weyh fawaaz..ko memang ta reti eja melting ekh??haha
fawaaz : asal pulak??
ieda : yela..orang melting..dea meting..
fawwaz : cikgu yang tuleh camtu kowt..
ieda : yela 2..
fawwaz : eh.yela..cikgu yang tuleh camtu..
yunk : ko salin sebijik2 la ye..
fawaaz : ha'ah..aku salin jew..ta bace pon..
ieda : ye2 jew..
fawwaz : yela..
fawwaz pon blah la..
fawwaz : weyh weda..
ieda : pe??
fawwaz : tengok at depan tu..ha..cikgu tuleh meting bukan melting..
ieda : ala..yela2..na menang jugak..
fawwaz : hahaha..

hey..ieda kene pangkah lagi..tadi ieda pangkah dea..
sekarangdea pangkah ieda balik..haish.

mase tengah experiment tu..
si fawwaz ni soh la azlia buang sampah..
ieda pon mula la potpet..

situasi : ieda, acap n deaorang (budak2 laki)

ieda : orang laki ni memang suke suro orang perempuan wat keje ekh??
acap senyap jew...tapi dea da usha pelik da..
cari idea na pangkah ieda la tu..
deaorang : mane ad..nabi pon soh isteri dea masak..
ieda : yang tu memang la..dah tu tanggungjawab dea..yang ni..
acap : ha..ape??
ieda : er...??
deaorang : hahahaahaha..
ieda : yela2..(sambil wat muke tacing)
fawwaz : majok2..
ieda : biala..
rimi : weyh..gi anta dea balik..
ieda : haha..hampeh ar kaw..

pastu deaorang tadi maen2 pulak..
orang soh buat keje..
deaorang bersembang,,
ieda pun mara la..
then ieda kene balik..

rimi : ha..weda marah weyh..weda marah..da hijau da muke dea tu..
ieda : ngok ar rimi!!
rimi : anta dea balik weyh.

erkk..??aku taw la ko tacing ko soh orang anta ko balik..
takkan aku pown macam tu gak..haish.

pastu ieda ni jadi tukang catat..
catat mase..
bende tu temp. dea ta turun2..bengang ar da nih..

fawwaz : ha..mara2..
ieda : eh..ne ad la..
fawaaz : eleh..

taw2 je ekh kome ni aku bengang ke ta kew..
huhu..naseb bek rimi ta dengar..law ta konpem dea soh anta ieda balik..haha
lawak kew?? hak3! dush..=_="

akhirnya temp. tu pon turun ke 60 drjah..
ieda pon na salin la balik pe yang ieda tuleh...
sebab ieda catat tu at buku si fawwaz..

eh..dea maen2 lak..
memang kene la..
naye je..hahaha

hurm..so..mg kene pangkah jela ieda arini..
bawu na pngkah deorang ta psl2 ieda kene dulu..
haish..
banyak kali lak tu..
tape2..
wait for my revenge..hahaha

okela..tamat2 entry..
eh..entry tamat..
chow..salam..

Monday, January 17, 2011

hadiah....

yippii!!
haha..gedixx lorh..

oke..arini ieda hepi..
coz i got a present today..
from who??
haha..ta yah taw la..

from my bf??
ofc not..haha..dea lain la..
huhu..a present from someone else..
really appreciate it..

ha..hadiah tuk ape ekh??
huhu..hadiah sebab dpat gud result in pmr aritu..

oke..duk potpet2..
tapi ta taw hadiah dea ape..haha..
oke..ni hadiah dea..


se..se ape ekh??sekalung kew??
ish..bukanla..
ah..ta kisahla..tu gelang sebenarnye..huhu
comey jerk an??
huhu..thx aww kpde org yang m'mberi present ni..

harge??
harge tu ta taw la..
da orang bagi..rembat jela..huk3!

okela..
na cite tu jew..
salam..

Tuesday, January 11, 2011

Kebangangan berlaku!!

salam..huhu
arini ieda bangang giler..
bukan bengang..tapi bangang..
hahaha..
arini masuk kelas..
sumpah bangang..hik3..

dan bile kite da bangang..
dalam kelas cikgu ajr pown..
huhu..faham2 lar..
xpenah ieda buat..

1st time kowt..arini n semalam..
cikgu ajar..ieda bole men2 pulak..
men conteng2..keh3..

yunk pown same jew..
huhu..memain jewk lebey..
eh x..dea dengar ckgu ajr..
tp dea x fhm..
ieda yg x tgok ckgu ajr pown ieda paham..
nseb bek ieda cpat pick up..huhu

tapi xpe la an..
ieda x buat bising..
x bersembang...
haha..yela..tu pown sebab kepale ni da kusut tahap gaban..
banyak sangat masalah..hurm..
even,,my frend pown prasan..

"weyh weda..ko senyap je yerk arini"
"la..abis tu..ko na aq nanges kew?"
"senyap je tapi dalam kepale banyak giler masalah..huhu"

erkk..apsal senang sangat ko bace pikiran aku ye acap??
hurm..hehe..tapi tape..sekarang ni semua prob da selesai..
juz prob pasal plajaran jew...yg tu bese la an..

yang sedeynye..
time agame tdi..
ta psl2 kene berdiri..
argghh!!malu...

yla..ni semua gare2 silap tande hukum tajwid..
"hurm,,,saye tesilap tande la ustazah.."
"ha..tade2.."

ala...betulla..tersilap tande..uwaa!!
hurm..diri jela..
at least dapat duk gak..huhuhu..

okela..na wat omwork ni..
bnyak giler..x siap2 agi..hehe..
salam..

Monday, January 3, 2011

sekola lagi..

hurm..salam..
arini 3.1.2011..
maknenye arini sekola da bukak balik..
adus..=_="

dahla mase perhimpunan td kene take krusi sniry..
adoyai..nyanyi lagu negaraku kat belakang stage jela..huk3..
nyanyi ke pun..
baru ingat na buat pasal kat belakang stage..
sekali atikah cakap..
"woit..ckg azman usha kowt"
erkk..ter'stop' terus rencana jahat ku..hahaha

kene ikrar jugakla..dah ckg 2 duk usha orang jew..
ngorat pew..ngeh3
pastu..bace doa lak kat luar dewan..
hurm..

ni semua pasal na duk at belakang..
so,,kami (nana,yunk,atikah,ayuni,jiah) bagi le bebudak2 lain tu masuk dulu..
padahnye..huh,,amik kerusi sniry,,
niat untuk duduk at belakang..
memang tercapai la..=_="

da perhimpunan pe semua..
semua student form 4 kene duk at dewan asrama..
orientasi..hurm..bosan gilew arh..

setelah cikgu penat potpet2..
akhirnye tibe giliran ckg kerol tuk give his speech..
dea cakap pasal disiplin la..
upnye ckg kerol telah diiktiraf sebgai guru disiplin baru..
baru tahu..hehe..dari tahun lpas ag sbnrnye ckg da jd ckg disiplin..
tp bwu arini aku tahu..hahaha...
kegilaan berlaku..

bla..bla..bla...tibe satu part menarik..
demane ckg bercakap psal bunuh la..ape tah tdi..
huk3..
ni le cerite dea..

cikgu:oke..sbgai contoh..mior maen ngn kwn2 dea..kwn dea
         duk diri ats krusi..pastu mior g tolak krusi 2..da kwn  
         dea jatuh..pastu t'kena la bucu meja..pastu mior 
         pown mati..
kami: hah??
cikgu: (tetap meneruskan percakapan tanpa ade sedikit niat tuk membetulkan cite dea tadi..)

=_=" logik ke tdak???sumpah ta..huhu..
kami pown ape lagi..layan jela..

oke..pastu kami kuar rehat..
mentang2 kami da senior..
masuk dewan pown lambat..
siapakah kami tu???hehe
ieda,ayuni,yunk,aiman,jazlan, n lisa..

hurm..kami ta ponteng aww..
ta baik..hehe..kami cume lambat jew..
yela..semua cikgu na jumpe kami ni..hehe
yeke??
pastu kami pown gi pejabat jap..
time kami na blah tu tetibe cikgu azini pulak minta tolong..
adoi..pengetua da tegur da tadi..
"tunggu ape kat sini" 
hehe..tu je yang mampu ayuni n lisa buwat..
kecut..hihihi

pas tolong cikgu kami pown blah,..
mase on the way tu,,nampakle ustaz azman..
"cepat2..pengetua da tunggu tu"
omg,,cepat2..kami pown berlari2 lah..tipu jew..hehe
kami pown cepat2 la masuk dewan..

pastu pengetua pown duk cite pasal smart la apela..
then sekali pengetua cerite pasal result..
adus..

mule tu,,pengetua sebutla student yang dapat 7A..
ieda diantarenye..sekali pengetua sebut.,
"ha..liana fariha..cane agama leh dapat b nih.."
bla3...
pengetua pown sambung ag..
"ha..lepas tu,,nurul wahida..(terkejut aku)geografi dapat b..ala"
"mane ke nurul wahida?"

jeng3..ta jumpe..maklumle..pengetua baru,,
haha..so,,tak kenai ag rupe si nurul wahida tu..
haha..akula tu..adoi..=_="
ha..sambong balik..
memangle ta jumpe..i da menyorok awai2 da..
tapi apekan daye..
kawan2 ta na membantu..deme gi tunjuk at pengetua tu..
tapi nasib bek jaoh..huhuhu..

cikgu ingat geo tu senang kew?
da la pasal peta..luar negara lak tu..
manela saye tawu..
hehe..ni cakap dalam hati jela..
huhu..ta berani ar talkback cakap cikgu..

hurm..naseb bek form 4 jew..
law mase semua student ade.??
ha..malu doe..jatuh saham..hak3..
malu la kat junior2..hehe

pastu bla..bla..bla..
tanpe disedari..cikgu cakap
"oke..semua bole balik..susun kerusi yer.."

aik??da balik da..??
kol bape nih..??
2.30 la..
aku bercakap sendiri la.....

la..da na balik kew..
tula..berangan lagi..huhu..
berangan2 pown dengar pew ape cikgu cakap..
yela..buktinye ieda dengar cikgu cakap suh balik..hehe..ngeh3..

okela..story tamat..
salam..


I changed my font at thecutestblogontheblock.com

Cerita-cerita yang popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...